Sajak dinamai puisi moden. Nama ini mengeluarkannya daripada golongan puisi tradisional. Pelbagai aspek digunakan orang untuk membahagikan sajak kepada jenis. Empat aspek utama yang sering digunakan adalah seperti yang berikut:

1.0. ALIRAN

Dari aspek aliran, sajak dikatakan ramantisme, realisme, eksistensialisme, dan lain-lain.

2.0. BENTUK (LUARAN)

Dari aspek bentuk luaran, sajak dikatakan puisi bebas, dengan bilangan rangkap, bilangan baris (pada setiap rangkapnya), dan bilangan kata (pada setiap barisnya) adalah bebas daripada apa-apa penentuan. Karya yang ditetapkan bilangan kata/baris pada sebarang kedudukan, tidak boleh dinamai sajak.

3.0. KEBOLEHFAHAMAN

Dari aspek kebolehfahaman, sajak dikatkan polos (diaphan), taksa (ambiguous), prismatik (makna berlapis), atau kabur.

4.0. CIRI KANDUNGAN

Dari aspek ciri kandungan. sajak dikatakan abstrak atau konkrit.

TAMAT.